Jumat, 06 Juni 2008

SEKILAS TENTANG EPILEPSI

FAKTA: Serangan epilepsi

· Membabitkan keseluruhan otak.

· Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa.

· Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

· Apabila pesakit diserang, beliau mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar.

Rawatan

· Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jangan letakkan sebarang objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda) kerana ia boleh mencederakan pesakit itu sendiri atau jari anda.

· Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak.

· Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.

· Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan beliau keyakinan yang semuanya adalah seperti sedia kala. Elakkan daripada memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa dan teman pesakit sehingga beliau pulih.

Epilepsi separa

· Berlaku apabila ada tambahan aktiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba pada bahagian otak di sebelah belakang pelipis.

· Serangan boleh mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatan yang tidak menyenangkan.

· Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya. Tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan, seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, dengan wajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan.

· Sewaktu serangan pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat menjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap merapu, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah dengan pakaiannya.

· Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan perbuatannya.

Rawatan

· Jangan cuba menahan pesakit daripada merayap kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya.

· Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran.

· Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya.

· Temankan pesakit sehingga beliau pulih.

Tidak ada komentar: